Sesi NOVEMBER to APRIL

Friday, December 14, 2012

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Dah dua minggu bermulanya semester baru. New subject, new housemate, new environment. Belum memenatkan lagi lah semester baru nie. Tapi tak tahu lah minggu yang akan datang. Jadual pun dah buat. Sangat penuh dan padat. Aigoo~~

Target semester nie taknak repeat sebarang paper. For those yang baca blog nie, doakan lah yang terbaik untuk saya, Izzatul Hartini binti Ishak. Rezeki memihak untuk dapat Dean's List mcm orang lain. In Sha Allah. Doakan tau. 

Nak kongsi sikit ke'busy'an semester 4 nie. 
ISNIN = 10:00-12:00 (ACC 319) , 12:00-13:00 (AGR 256), 14:00-16:00 (AGR 145)
SELASA= 08:00-10:00 (AGR 135), 10:00-12:00 (AGR 218), 12:00-13:00 (AGR 145), 14:00-16:00 (ACC 319), 16:00-18:00 (AGR 251)
RABU= 14:00-16:00 (AGR 256), 16:00-17:00 (AGR 113)
KHAMIS= 08:00-10:00 ( AGR 254), 10:00-12:00 (AGR 113), 12:00-13:00 (AGR 135), 14:00-16:00 (AGR 254), 16:00-18:00 (AGR 218)

See? Penuh dan padat. lagi2 hari Selasa dan Khamis.
Just Good Luck for me.

And by the way, ini mungkin pembakar semangat saya selama Semester 4 nie.



saya letakkan nama suami saya untuk tatapan setiap hari. Dengan harapan semangat dia sentiasa bersama saya saat saya sedang susah, senang. 

Oke. That's all. 
Good Luck then. 
Love Yaa!
Assalammualaikum.

Nama pilihan untuk bakal anak-anak. :)

Monday, December 3, 2012

Assalammualaikum.
Semester baru, hari baru. Hujan senantiasa menyinggah bumi Kampung Beting, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sejuk terasa menggigit tulang segala sendi.Alhamdulillah atas rahmat dan limpah kurniaan Allah yang Maha Esa. 

Alhamdulillah jugak sbb masih mampu meneruskan keazaman untuk menuntut ilmu di gedung ilmu UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini. Semester ini merupakan semester ke-4. Aku pelajar sepenuh masa Diploma Pengurusan Ladang (AT110) yang telah berjaya menempatkan diri di kolej kediaman Sri Menanti walaupun hanya berstatus penduduk rayuan. Alhamdulillah syukur atas nikmat yang telah diberikan kpd Allah untuk aku, seorang hambanya yang senantiasa kerdil disisi-Nya.

Berbalik semula pada post yang ingin dikongsikan.
Sebelum nie, aku ada buat research tentang nama-nama anak untuk anak-anak yang bakal lahir. Yang akan menjadi warisan keturunan aku dan bakal suami. In Sha Allah, kalau tiada aral melintang, rezeki ada lebih, maka bergelar isteri lah aku. Aku menyahut cabaran untuk memikul tanggungjawab yang besar nanti. Untuk menjadi pelajar dan pada masa yang sama jugak sebagai seorang isteri. Bukan dah gatal, tapi memikirkan masalah sosial zaman sekarang, berleluasa teramat. Sebelum terjadi apa-apa yang tidak diingini, lebih baik memilih jalan yang sukar tapi at the end berbahagia sentiasa. Segala yang jadi atas kehendak Allah dan juga atas kehendak kita sendiri. Hari nie mungkin kita dapat mengelak, tapi suatu hari nanti? Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Hanya diri kita, hati kita yang dapat kawal nafsu diri kita sendiri.

"Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik."
Besar kemungkinan perangai anak-anak bergantung kepada nama yang diberikan. Baik maknanya, maka eloklah perangainya. In Sha Allah.

Aku pun nak kongsi sikit research yang aku buat untuk nama anak-anak aku. Sebelum tuh, aku nak share nama bakal imam aku. 
  • MOHD HARIZ (memuji pemelihara)
nama anak-anak lelaki aku.


  • MUHAMMAD HASIF (PRAISED, KEMAS/ RAPI)
  • MUHAMMAD HARRAZ (PRAISED, YANG AMAT WARAK)
  • MUHAMMAD HARIRI (PRAISED, SUTERAKU/ NISBAH)
  • MUHAMMAD HAFIDH (PRAISED, PEMELIHARA/ PENGHAFAL)
  • MUHAMMAD HAFIY (PRAISED, YANG MEMULIAKAN)
  • MUHAMMAD HADIF (PRAISED, YANG MEMPUNYAI MATLAMAT)
Perempuan pulak yer. *muka excited*


  • IZZ HUMAIRA (KEKUATAN, BERPIPI MERAH)
  • IZZ HAWANI (KEKUATAN, IBU PENYAYANG)
  • IZZ HANINI (KEKUATAN, KERINDUAN)
  • IZZ HASEENA (KEKUATAN, PRETTY/ BEAUTIFUL)
  • IZZ HAMANI (KEKUATAN, MEMBERI SEMANGAT)
* Jadilah insan yang berguna. Menjadi penyumbang untuk keluarga, agama dan negara. Yang penting untuk diri sendiri. In Sha Allah, ketika mendidik kamu, kami akan beri segala yang termampu untuk kamu semua. Yang berjaya, yang berguna, adalah diri kamu. Masa depan kamu. Kami hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada kami dengan sehabis baik.*

Nama aku Izzatul Hartini. Mungkin ada makna yang tersendiri yang aku sendiri tak dapat nak cari. Itulah yang telah termaktub dalam Luth Mahfuz.

~ SEKIAN ~