:)

Wednesday, January 1, 2014

Assalammualaikum readers. :)

2013 dah menutup tirai. Sejarah 365 muka surat dah bernoktah. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup udara pinjaman milik yang Esa. Masih diberi kesihatan yang baik, ingatan yang baik. Syukur tak terhingga. 

2014 dah membuka lembaran. Muka surat pertama sudah hampir siap ditulis rencananya. 

Entah kenapa hati yang dirasakan bahagia dulu, sekarang sering bergelodak dengan bermacam-macam persoalan. Entah kenapa perasaan yang seindah dulu yang datang menerpa seakan akan telah dimusnahkan, dirobek robek. Adakah aku sedang berkhayal? Adakah aku terlalu memikir? Adakah tingkah lakunya membuat aku kecil hati? Ataupun aku terlalu banyak berdiam diri?

Sedih tak terkata. Nak menangis tapi tertahan airmata. 

Adakah aku masih aku dimata dia? Adakah aku masih aku diingatan dia? Adakah aku masih aku disetiap inci doanya? Adakah aku masih aku yang hanya tinggal kenangan pada dia? 

Entahlah. Mungkin ini sekadar mainan perasaan. Dicampur dengan gelodak rindu yang tak tertanggung. 

HATI.
Saat kau mulai suram, zikir penyerinya.
Saat kau mulai jatuh, solat tiangnya.
Saat kau mulai sepi, taubat temannya.

Mungkin aku terlalu beriya dalam bercinta, ditarik nikmat bahagia olehNya. 
Mungkin aku terlalu beriya dalam bahagia, ditarik nikmat suka olehNya.
Mungkin aku terlalu lupa pada Dia, ditarik nikmat olehNya.

Ujian mematangkan kita. Membuka mata kita. Membuka hati kita. 
Terlalu tinggikan cinta pada manusia, hingga lupa cinta pada Penciptanya.

Ya Allah,
Sekiranya dia adalah untukku, yang tertulis untukku, imam kepadaku, ketua pada keluargaku, pemberi zuriat pada keturunanku, maka Engkau tetapkanlah hatiku dengan hatinya. Kau kuatkanlah hati kami, kuatkan lah iman kami. Sesungguhnya kami berlindung dibawah naunganmu Ya Allah. 

0 ulasan: